Dari hilir hendak ke pekan,
Ingin ke pekan mkn buah pala,
Duit pendaftaran abis dikuarkan,
Tiba duit buku,,pening kepala.
Tajam sungguh asahan pisau,
Senang memotong di atas papan,
Duit MARA abis, br nk risau,
Bila ada x igt nk simpan.
Kerja yg ikhlas xperlu berbelah-bagi,
Buat bekalan di hari muka,
Nk bayar separuh, IPB x bagi,
terpaksa meminjam, menebal muka.
Makan nasi berulam pegaga,
Jgn dimkn terlalu kenyang,
Nasibku baek ada keluarga,
Tidak lupa juga pada yg tersayg.
Jgn kerana pena, binasa badan.
Nasihat yg baek perlu disemat,
Pengalaman yg ada buat teladan,
Kelak berwaspada berjimat-cermat.
Jgn diamalkan sikap malas,
Apatah lagi suka berangan,
Pantun disusun luahan ikhlas,
Kalau yg salah dikutuk jangan.
p/s : it is hard to tell
what situation i have to face
hope there is way
and you remain the same ~
No comments:
Post a Comment