Friday, November 9, 2012

Maaf

Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : Musa bin Imran a.s, berkata:

"Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )


“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134)


dari dua sumber di atas (hadis dan ayat al-Quran) nyata sifat memaafkan amat dituntut dalam Islam. Terbuktilah bahawa manusia tu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Dan kita sebagai manusia juga perlu untuk bersedia memaafkan walaupun berat. Kalau dalam kehidupan kita, kita sering dengar perkataan 'forgive and forget'.tapi sebenarnya kita sendiri tahu bahawa memaafkan tu mungkin senang tp melupakan tu amat sukar dan mungkin mustahil.

oleh itu, kita kena sentiasa tanya diri kita, adakah betol kita jika ingin memaafkan seseorang tetapi tidak melupakannya. jika benar kita memaafkan seseorang itu dgn ikhlas yg jelas di mata, tetapi di dalam hati amat sukar melupakan kesalahannya adakah kita dikira munafik.
semuanya bergantung pada kita, hanya memaafkan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. jika kita mustahil untuk melupakan kesalahannya, semoga ALLAH swt memberi jalan yg baek buat kita.

diri ak sendiri pn xpasti apakah insan2 yg ak melakukan kesalahan apabila ak mohon maaf, dimaafkn seikhlas2nya. kerna, diri ak sendiri pn x dpt lupakan kesalahan yg ak sendiri lakukan apatah lagi insan yg ak ad melakukan salah dan silap.

kita semua manusia biasa, tiada yg maksum, tiada yg tlepas dari melakukan kesalahan,,kesilapan ataupn dosa. kadang2 kita akan berubah apabila, peluang da tertutup,
kdg2 kita akan maafkn apabila orgnya sudah tiada, kdg2 kita baru tersedar apa yg dimksudkn betol2. kdg2 kita pn x sedar yg mana lebih baek buat kita. 


sumber hadis dan ayat al-Quran  :




No comments:

Post a Comment